✿klik untuk kaya✿

Wednesday, January 26, 2011

♥karaoke party♥

assalamualaikum....
dear blog...

karaoke party?

 

 Meh anis merepek merapu pasal pa dia karaoke party ni.
KARAOKE PARTY ni satu game.
bila korang dengar pasal karaoke...alamak..xboleh la.suara xsodap la.korang ingat suara mcm datok CT jeke boleh nyanyi?hehe.
#dun worry#
if suara macam katak or watelse.(like me@_@)
don't mind tapi beware dengan kawasan sekeliling anda.Janganla pulak mengganggu jiran-jiran yang nk study ke ada baby kecik ke atok nenek yang ada sakit jantung ke.
bimbang takot kena heart attack bila dgr suare hangpa sekalian.
*joke*
yang penting suara kena sampai tone.haha
then korang ada dapat markah.
bukan markah je,selain tu korang boleh add kawan2 yang laen(bagi sape yang ada account)
boleh challenge kawan plak.
siap boleh record lg.haha
then dapat tengokla markah kawan2.sape yang paling mantap.
btw,lagu omputih je k.bagi orang mcm anis yang dok jenis melayan lagu ROCK KAPAK ni mmg xboleh nak jadi super singer kat karaoke party ni.
HAMPEH!
p/s:  anis mmg selalu di tangga yang paling bawah if challenge dengan kinah,ja,paah n iba.

ada sape berani nak layan?klik link kt bawah ok^^


if sape2 stress ke hape kan...rasa cm geli anak tekak nk menyanyi ke,jomla join da club.^^
jangan malu jangan segan add akhyaranis from malaysia bukan from nepal.

introduced by:sakeynah+paah27
have fun bebeh!

BYE!

✿vote for me✿

assalamualaikum..
dear blog..
kan anis ada masuk contest if sape2 ada perasan pasal entry lepas.
yg CST production dan LYNDARAHIM tu.
sekarang dah mula untuk vote taw.
sampai 31hb...
sape2 yg rs anis boleh..do vote for me k^^


1. klik link kat ats..
2.search entry no. 77
3.klik LIKE.
4.DONE!

TQ untuk sape2 yang dah vote.
xpela.menang kalah belakang cerita.memandangkan tengok org laen punye vote.
HUIYOO...dah  beratus2.
if ada rezeki anis,ada la..if x.maybe laen kali.hehe^^
P/S: ape2 pun.aku xkan berhenti dari berangan.hehe
ayat sama je dok ulang2 bila borak ngn housemate.agak2.diorang dah bosan ke dgr celoteh aku?
*sigh*
harap2 x...diorang ni dah mcm adik beradek je.
sbb if kt rumah.mmg aimi and zateey kena layan apa aku ckp.

LUV U!
TATA
(^_^)

Thursday, January 20, 2011

♥lelaki curang♥

assalamualaikum..
dear blog..

U penah dengar pasal lelaki curang?
I admit k.bukan lelaki je curang.
tp bg I if perempuan curang dan dah xreti nk insaf tu lg terok sbb gurl sepatotnye lagi sensitif benda cmni.
Oh....man!!!!
okie..mula2,i nk minta maaf dulu...this entry bukan tuju kat sape2.tp sedikit EMO
memandangkan ada kawan yang tgh bersedih sbb lelaki bullshit tu.

dear lelaki,if U x boleh kasi komitmen jangan ungkap rasa sayang or 
I LOVE U.ok?
atau pun nk lebih gedik.
will you marry me?
OUCH!

'bersyukurlah dengan apa kau ada,cukuplah mempermainkan hati yg tulus menyayangimu'
nak ayat lagi kasar:
muka macam tembok,ada hati nk PLAY?

I pun penah rasa perpisahan,tp xpela..tu kisah kami dulu.sume dah bahagia je skrg...^^sy pun tumpang bhagia untuk kamu.

dear fren,
jangan sedih sbb dia k.nonsense nk sedih sebab lelaki yang xde sense.
Tu je I bley nasihat u.
plis^^
I luv you bebeh
 U bley jadi cam dialog bawah ni?
Ahhh...its already 9.41 malam..i ada nk uat sumthing surprise untuk die..
I pun dah xde ape nk di'bebelkan'
hanya mengharap semua kawan2 bahagia je..
anis jiwang ea?
yes I am^^

bila keyakinanku datang,kasih bukan sekadar cinta,pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan.

ada sape taw I curi ayat ni katne?^^

bye!
nyte blog.

Monday, January 17, 2011

✿OMG-photoshoot✿

assalamualaikum..
dear blog..
rindu!



xde ape anis nk share ngn blog dis entry..jus nk cte anis ada photoshoot ngn seorng kawan ni..
yela....disebabkan minat.
so i xmalu2,tanye hanan.

dialog:

kiks: hanan....(malu2)cm nk amek pic la..hanan free x?hehe
hanan: la..nape kiks malu2..xpeje..lgpun mmg hanan nk tambahkn skill.
kiks: la..yeke.ok2(dah xmalu dah)
hanan: kiks bwk la outfit byk cikit...nnt kite boleh tukar2..
kiks: yes!mcm kiks plan.haha

~end~ 

so,on dat day,i bwkla ape yg perlu...
barang2 makeup...outfit xbnyk pun...3 je..

pose mcm2. tp bukanla mcm supermodel.oh no!
i xberbakat cmtu :(
lgpun saje2 je...saje2 tambahkn koleksi pic + minat pose2.^^
kredit to hanan^^dan xlupa untuk PA.haha
mek ka.

and kredit to hanan^^



me dengan 'kepoyoan'^^
ada lagi koleksi2.tp biar jadi simpanan jela:)

bye!

Wednesday, January 12, 2011

♥Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LYNDARAHIM KUALA LUMPUR♥

assalamualaikum...
  dear blog,
yes!I'm in contest.


          Contest "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST & LINDA RAHIM KUALA LUMPUR♥

Mari Anis perkenalkan dulu apa sebenarnya CST production ni. Disebabkan ada yang masih tertanya-tanya apa yang aku bebelkan ini . Alangkah seronoknya jika diberi peluang tersenarai masuk dalam list video dan photoshoot by CST.
CST production ini adalah syarikat yang organize untuk video, filmmaker, photoshoot. Sememangnya mantap bukan sahaja untuk perkahwinan malah pertunangan, sambutan majlis hari jadi atau program televisyen sememangnya akan ada terlakar nama CST production.ada siapa yang berminat?^^
contact : 0341050843

Berbalik kepada kisah DATIN LYNDA RAHIM famous specialist fasion designer for the bridal industry at Kuala Lumpur. Memang elegant, fabulous, gorgeous!
Mula mengenali nama dia sejak aku ada google search about wedding planner area KL. Maklumlah, hari-hari yang terluang sekarang ni memang suka mencari tema untuk perkahwinan.
~end of intro~
(^_^)

oh!dream is dream, whatever fantasy or alice in the wonderland. Memang aku tengah berangan. Angan-angan yang sangat tinggi so that's why aku memberanikan diri masuk awesome contest ini. Tak rugi kalau mencuba,insyaALLAH tuah badan ada rezeki. Mesti semua nak tahu apa hadiah yang disajikan^^ :

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc... )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.
- Hadiah boleh di tukar milik

seronok kan? siapa yang tak nak lepaskan peluang ini. Bukan fairy tales^^
So that's why aku gedik-gedik tulis entry ini. I want to be like a princess on my wedding*_*may i? hehe.

Then aku kena pilih tajuk:

1) My Dreams "Wedding". (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
2) My Dreams "Love Story". (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda)

 SO, aku pilih NO. 1(my dreams wedding)^^

♥MY DREAMS WEDDING♥




Lakaran gadis angan-angan dan Bobo.

Aku seorang gadis yang penuh dengan angan-angan dan cita-cita yang tinggi.
Bermula 3hb mac 2009. Termeterainya janji antara kami sepasang merpati yang masih mencari kebahagiaan kearah yang diredhai.

Izinkan aku memperkenalkan pasanganku sebagai Bobo. Bobo yang aku kenal sejak bangku sekolah merangkap sebagai seniorku yang hanya berada jauh di mata sahaja. Ceritera cinta bermula daripada kisah  'message melalui friendster' yang menjadi penghubung antara kami berdua suatu ketika dahulu. Sewaktu di sekolah, aku dikenali gelaran 'ikan' biasa. Jadi tidak mungkinlah Bobo akan memandang aku pada ketika itu. Tetapi hubungan kami terjalin selepas tamatnya zaman persekolahan. Mungkin gadis yang dahulunya dipanggil ikan ini semakin menyinar sisiknya. 

Selama dua tahun aku tidak pasti apa yang Bobo inginkan mungkin hanya untuk meramaikan teman-teman wanita sahaja atau pun hanya untuk menghilangkan bosan sahaja. Bermula dari friendster, ym, phone, facebook akhirnya terjalinlah kisah 'romeo and juliet' sehingga aku sedar dia calon untukku. Amin. Mungkin bagi kamu semua hubungan kami baru berusia setahun jagung, tapi cinta yang dijalin ini bukan cinta monyet seperti zaman sekolah dulu-dulu.

Cerita cinta kami penuh dengan konflik, diuji dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak senang dengan hubungan kami. Aku pernah terima E-mail dari seorang gadis yang memfitnah Bobo. Aku pernah dikutuk oleh teman-teman. Tapi, Alhamdulillah dugaan yang kami lalui dapat mematangkan kami untuk mengorak langkah ke alam perkahwinan.

Hubungan kami dipanggil cinta jarak jauh kerana aku masih lagi bersengkang mata bergelar sebagai pelajar pergigian di Egypt. Kami berhubung melalui alam maya dan kadang kala dia ada juga menelefonku untuk menyatakan kata rindu.

Ceritera cinta yang berusia setahun jagung ini juga pernah menyimpan angan-angan untuk melangsungkan majlis dengan meriah, unik, pakaian pengantin yang sederhana tapi dengan rekaan daripada profesional seperti sentuhan Datin Lynda Rahim.

Ceritera cinta antara aku dengan romeo juga pernah menyimpan angan-angan untuk menyimpan memori kami sebagai tontonan anak dan cucu kami kelak daripada sentuhan kreativiti CST production.

Khayalan demi khayalan ingin aku coretkan sempena majlis pernikahan kami dengan bajet yang sederhana sahaja tetapi masih mengimpikan yang indah untuk kenangan abadi.
 
TEMA:

Aku suka konsep yang unik. Lain daripada yang lain dengan gaya sentuhan profesional. Warna kesukaanku yang dipilih untuk menjadi santapan mata-mata yang memandang terdiri daripada lilac, merah jambu gabungan dengan putih, gold major dengan putih dan turqoise.

Aku seorang gadis yang penuh dengan angan-angan. Aku ingin dimanjakan seperti seorang permaisuri di hari perkahwinanku. Aku menginginkan dayang-dayang mengelilingiku seperti kisah fairy tales.

angan dalam sedar 

Pelamin yang diimpikan

want to be like Prince and Princess


mesti ada gambar pasangan di meja santapan pengantin
Majlis perkahwinan kita mestilah sekali sepanjang hayat. Atau adakah sesiapa di antara kita yang menyimpan angan-angan untuk membina masjid sebanyak 4 kali?^^
Aku gadis yang penuh angan-angan, mestilah mahukan yang terbaik untuk tetamu dan menyimpan memori tandatangan dari hadirin. Jadi aku menyediakan 'guest book' untuk mereka mencoret kata-kata indah dan mendoakan kebahagiaan kami sebagai pasangan suami isteri.

guest book^^
Aku gadis yang masih di alam khayalan, bukan sahaja mahu menggembirakan hati RAJA SEHARI tetapi aku juga mahu perut tetamu sekalian kenyang dengan makanan yang lazat dan menyelerakan selain dapat menepati citarasa mereka. Sudah tentu juga aku tidak lupa door gift daripada kami. Kehadiran mereka amatlah dihargai.

cup cake with the calendar and a picture of us.

BAJU PENGANTIN: 

Aku gadis yang masih di alam khayalan, ingin melakar angan-angan tentang baju perkahwinan. Memang lumrah semulajadi bagi setiap wanita, mereka inginkan yang indah-indah pada saat hari bahagia mereka. Seperti aku, aku mengimpikan gaya jubah moden atau dikenali sebagai abaya. Dress muslimah juga menjadi pilihanku untuk digayakan pada majlis pernikahan.

1. Malam berinai: aku memlilih untuk memakai warna yang lembut sahaja dan memilih untuk memakai abaya seperti soft pink+white.
2. Majlis akad nikah: aku memilih dress muslimah dengan warna grey+biru.
3. Majlis persandingan:aku memilih untuk nampak lebih menyerlah dengan warna lilac purple@turqoise@gold.

sentuhan Datin Lynda Rahim
Aku gadis yang penuh angan-anganmengimpikan dress daripada sentuhan Datin Lynda Rahim dan seperti sedia maklum aku gadis bertudung, jadi aku akan memilih untuk memakai shawl yang dihiasi dengan kerawang indah.
 ika radiusite






HANTARAN PERKAHWINAN:

Aku gadis yang tinggi cita-cita, masih berangan lagi. Bertemankan semangat yang tinggi aku coret lagi kisah hantaran anganku.
Sudah tentu aku akan pilih bunga-bungaan hidup yang segar sebagai gubahan untuk hantaran memandangkan aku gadis yang terlalu sukakan bunga.

pumpkin idea





KERETA IMPIAN UNTUK MAJLIS:

Sebelum gadis angan-angan ini mengundur diri, aku selitkan lagi kereta impianku untuk lebih melengkapkan impian fairy tales ini. It is really fun to dream like a princess.

Seronoknya hati gadis yang penuh dengan angan-angan ini jika diberi peluang untuk merakamkan memori bergambar di atas kereta kuda pumpkin dan dilakar sebagai lukisan oleh jurulukis yang berbakat.


Selain kereta kuda, aku juga mahukan anak-anak kecil sebagai flower girlsComelnya apabila mereka dihiasi dengan gaun sambil memegang bakul door gift untuk hadirin. Selain itu, mereka juga menghiasi di setiap penjuru pelamin dan mengiringi aku masuk ke dalam dewan.

gadis-gadis kecil yang comel
Memang tidak akan ku lupa adat melayu kita. Selain bertemakan fairy tales, aku ada juga selitkan persembahan silat dan potong pulut kuning.

Gadis yang penuh angan-angan ini juga mengimpikan slide show gambar-gambar kami berdua bermula dari zaman kanak-kanak hingga dewasa.
Alangkah gemilangnya jika dilengkapkan lagi dengan video doa dan harapan daripada kedua ibu bapa kami. Tanpa mereka, siapalah kami. Mereka yang sentiasa menjadi tulang belakang kami.

Oleh itu, izinkan aku gadis yang penuh angan-angan ini untuk mengundur diri selepas mencoret perkahwinan yang diimpikan olehku. Impian setiap manusia bersulamkan semangat, insyaALLAH akan menjadi kenyataan bukan hanya tinggal sebagai kotak impian.


"Nothing in the world can take the place of persistence.
Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men
with talent. Genius will not; unrewarded genius is almost a
proverb. Education will not; the world is full of educated
derelicts."


-THE ENDS-

Kredit gambar: Ika Radiusite dan carian Google.

Setakat itu sahaja coretan anis tentang angan-angan dalam sedar tentang my dream wedding.
Terima kasih kepada CST PRODUCTION dan DATIN LYNDA RAHIM because let me dreaming about my wedding and hope semua angan-angan dan celoteh anis memikat hati judges untuk 30% valuable marks AND so with the 70% voting from all the dearest readers^^
do support and vote for me ok^^
xoxo

Special thanks to^^: You all semua bolehla like link kt bawah tu..^^

Ceritera cinta gadis angan-angan dan Bobo: